I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 5 Februari 2010

Punca Bateri Laptop Cepat Habis

Mungkin anda mengalami masalah bateri yang cepat berkurangan kuasanya menurun setiap bulan sehingga 1 jam sahaja walaupun dicas penuh. Anda boleh memanjang masa penggunaan notebook jika menggunakan bateri jika anda boleh melakukan langkah di bawah.
Pertamanya, anda perlu faham bahawa kadar processor bekerja mengikut berapa banyak aplikasi yang anda jalankan. Banyak aplikasi dilancarkan lebih banyak kuasa yang digunakan. Kurangkan aplikasi tidak penting semasa menggunakan bateri. Malware juga boleh mengganggu aplikasi.
2) Elak menyambung alatan USB. Sambung alatan USB (seperti thumbdrive semasa perlu sahaja. Jika anda menggunakan removal harddisk, anda bayangkan berapa banyak kuasa yang diperlukan untuk memusingkan disk dan membaca data.
3)Intel Core (semua yang mempunyai cap Core) mempunyai bug di dalamnya yang akan menyebabkan bateri cepat habis jika alatan USB disambungkan. Dapatkan patch dari Microsoft. http://support.microsoft.com/?kbid=936357 . Tapi hanya untuk Windows original sahaja.Tidak semestinya mengikut langkah diatas bateri tahan lama.
Perlu diingat, bateri mempunyai hayat yang pendek. Mungkin selepas setahun, bateri tidak lagi boleh dicas. Maka, dapatkan bateri yang baru.Juga penggunaan bateri. Apabila bateri sudah penuh cabut wayar adaptor,jika dibiarkan sahaja kebarangkalaian bateri cepat rosak adalah besar. Macam bateri handphone juga,Langkah-langkah ini hanya untuk memanjang tempoh penggunaan bateri pada satu-satu masa sahaja.

Selasa, 2 Februari 2010

Mestiqa Hadith Mingguan....

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :Jujur Dalam Berjual Beli

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya." (Wa'ilah bin al-Asqa' r.a)

Huraian

Pengajaran hadith:
i) Berniaga adalah antara punca rezeki yang dihalalkan oleh Allah.
Ii) Sebarang jual beli yang dilakukan mestilah dibuat dengan jujur daripada kedua belah pihak di mana sesiapa yang menjual barang yang cacat dan dia pula sengaja menyembunyikannya daripada pembeli maka sepanjang masa ia akan berada di dalam kemurkaan Allah dan juga malaikat-Nya.
iii) Balasan ini adalah wajar kerana ia telah melanggar prinsip keadilan yang menghalang pembeli daripada mendapat faedah bersama.
Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :Menghormati Binatang

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa."Abu Hurairah r.a

Huraian

Pengajaran hadith:
i) Pada syarak, kegunaan senjata hanyalah untuk menghadapi musuh, bukan untuk diacukan atau ditujukan kepada orang yang diwajibkan ke atas kita bersikap aman damai terhadapnya (tidak bermusuh dengannya).
ii) Orang yang menyalahgunakan senjata sama ada tujuannya hanya olok-olok (bergurau) kepada orang yang bukan musuhnya hukumnya bukan sahaja dilarang keras oleh Islam (haram) tetapi dilaknat oleh para malaikat kerana ia amat bertentangan dengan tujuan penggunaan senjata.

INFO ZAKAT MINGGU INI

Zakat Pendapatan

Imbuhan atau perolehan yang diperolehi oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri sama adapemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat.

Pendapatan penggajian merangkumi:-

* Gaji tahunan
* Tunggakan Gaji
* Pelbagai Elaun
* Lain-lain ganjaran seperti bonus dan sebagainya


ZAKAT PERNIAGAAN


Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu Perniagaan Persendirian (tunggal), Perkongsian, Syarikat Berhad, Syarikat Sendirian Berhad, Koperasi dan Persatuan yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup haulnya.

iNfO SuKmA MelAka




DISKRIPSI

Kancil adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka.
Dalam logo ini, Kancil direka dalam aksi melompat untuk mencerminkan nilai kecergasan dan kecerdasan atlit. Elemen garisan merah dan biru yang
membentuk Kancil pula menggambarkan keyakinan penganjur dan kemeriahan SUKMA XIII.
Tompokan warna merah dan biru pada badan Kancil menunjukkan keharmonian dan semangat kesukanan.
Warna biru, merah dan kuning merupakan warna yang terdapat pada bendera Negeri Melaka.
Secara keseluruhannya, logo ini membentuk segi tiga yang melambangkan dinamik dan menuju puncak kecemerlangan.

MASKOT SUKMA XIII MELAKA 2010

DISKRIPSI

Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.

KONSEP

Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.

NAMA

Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010

BERSAMA KITA JAYAKAN SUKMA MELAKA KE-13

http://www.sukma2010.com.my/jadual.html

Isnin, 25 Januari 2010

Derma Darah dan Kesihatan

Assalamualaikum W.B.T

Menderma darah adalaha satu amalan yang mulia, mungkin bagi sesetengah orang merasa takut apabila menderma darah. Bila diajukan soalan "awak tak mahu derma darah ke?" mungkin ada yang akan menjawab "taknak lah saya takut derma darah", "sakit tak derma darah" dan ada juga yang menjawab "tak mahulah nanti berat badan naik". Tetapi hakikat sebenarnya menderma darah adalah satu perkara yang amat baik bagi kesihatan kita kerana semasa darah kita mengalir keluar darah baru akan menggantikan darah yang lama, selain itu tubuh kita akan merasa ringan dan selesa. Pada ketika ini masalah kekurangan darah menjadi masalah utama di hospital-hospital di seluruh Malaysia. Masalah kekurangan darah 'O'adalah yang paling ketara sekali. Bayangkan ada saudara mara kita yang memerlukan darah akibat kemalangan atau masalah lain, daripada mana kita mahu memperolehi darah tersebut. Oleh itu, marilah kita sama-sama mendermakan darah kita sebagai tanda sokongan.