Selasa, 2 Februari 2010
Mestiqa Hadith Mingguan....
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :Jujur Dalam Berjual Beli
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya." (Wa'ilah bin al-Asqa' r.a)
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Berniaga adalah antara punca rezeki yang dihalalkan oleh Allah.
Ii) Sebarang jual beli yang dilakukan mestilah dibuat dengan jujur daripada kedua belah pihak di mana sesiapa yang menjual barang yang cacat dan dia pula sengaja menyembunyikannya daripada pembeli maka sepanjang masa ia akan berada di dalam kemurkaan Allah dan juga malaikat-Nya.
iii) Balasan ini adalah wajar kerana ia telah melanggar prinsip keadilan yang menghalang pembeli daripada mendapat faedah bersama.
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :Menghormati Binatang
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa."Abu Hurairah r.a
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Pada syarak, kegunaan senjata hanyalah untuk menghadapi musuh, bukan untuk diacukan atau ditujukan kepada orang yang diwajibkan ke atas kita bersikap aman damai terhadapnya (tidak bermusuh dengannya).
ii) Orang yang menyalahgunakan senjata sama ada tujuannya hanya olok-olok (bergurau) kepada orang yang bukan musuhnya hukumnya bukan sahaja dilarang keras oleh Islam (haram) tetapi dilaknat oleh para malaikat kerana ia amat bertentangan dengan tujuan penggunaan senjata.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan