Khamis, 21 Januari 2010
KEMALANGAN JALAN RAYA SALAH MANUSIA, KENDERAAN ATAU SALAH JALAN?
Beberapa bulan kebelakangan ini terlalu banyak kemalangan yang berlaku hingga meragut banyak nyawa. Namun begitu ada pihak menyalahkan jalan tidak elok dan sebagainya tidak kurang juga menyalahkan manusia, ada juga yang menyalahkan kenderaan. Apapun yang diperkatakan oleh orang sikap atau kecuaian manusia itu sendiri adalah punca utama kemalangan sentiasa berlaku. Sikap manusia yang terlalu mementingkan diri hingga mengabaikan keselamatan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Kita mungkin biasa melihat sikap dan cara manusia memandu kenderaan di jalan raya dan kita mampu menilai sendiri sikap pemandu tersebut. Mungkin bagi sesetengah tempat mempunyai fenomena biasa dimana ada pemandu yang mencelah atau memotong dengan tidak memberikan isyarat. Tidak kurang juga ada yang sekadar menunjuk kehebatan kereta masing-masing dengan memandu laju di kawasan yang sesak dengan kenderaan. Apapun kita perlu ingat kita hidup hanya sekali diatas muka bumi ini. Oleh itu seharusnya bagi kita sentiasa prihatin kepada keselamatan dan nyawa orang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan